Monday, October 31, 2011
~Berfikiran Positif~
~Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. ~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama! [BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!] ♥
Sunday, October 23, 2011
Untuk Hari Raya Korban...
Surah Al-Kawthar.
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Surah Al-Haj
Ayat 34 :
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
Ayat 35 :
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
Ayat 36 :
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Ayat 37 :
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
Maka disini..Korban adalah diwajibkan untuk sekalian Umat Islam. Laksanakanlah...

Thursday, October 13, 2011
Sirah Junjungan Rasullulah S.A.W..
Auzubillahiminasyaitannirajim
Bismillahirrahmannirahim..
Mengimbau kembali lembaran sirah Rasullula S.A.W, Padang Arafah menjadi satu medan yang terpalit satu peristiwa menyentuh hati dan mengharukan umat manusia yang mempunyai tunjang aqidah keimanan. Disinilah tempatnya Baginda Rasulullah S.A.W menyampaikan amanat wasiat terakhir sebelum meninggalkan seluruh umat yang dikasihi oleh baginda.
Namun, sesudah Baginda wafat Islam mula berpecah-pecah antara fahaman dan kepercayaan terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasullulah S.A.W. akan tiba akhir zaman, manusia akan berpecah kepada 73 golongan yang mana hanya satu sahaja golongan yang akan diterima oleh ALLAH S.W.T iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ALAH S.W.T yang merakamkan didalam AL-Quran mafhumnye,
"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku,nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Manakala selebihnya 72 golongan adalah terdiri daripada golongan-golongan :
1) Syiah = 22 golongan
2) Khawarij = 20 golongan
3) Muktazilah = 20 golongan
4) Murjiah = 5 golongan
5) Najjariah = 3 golongan
6) Jabbariyah = 1 golongan
7) Musyabbiah = 1 golongan
Secara khulosahnya, perpecahan dan perselisihan ini merupakan satu hikmah dari ALLAH S.W.T untuk menguji hamba-hambanya hingga menampakkan siapa yang mencari kebenaran yang sebenar dan siapa yang mementingkan hawa nafsu dan sifat fanatisme itu sendiri.
Dan ALLAH S.W.T berfirman mafhumnya:
"Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat,kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusannya) telah ditetapkan : "Sesungguhnya Aku akan memenuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan Manusia yang derhaka semuanya.""
(Surah Hud Ayat 118-119)
Sebagai renungan dan peringatan untuk kita bersama, mari kita renungi kembali khutbah terakhir Rasullullah S.A.W sebagai wasiat amanat terakhir untuk umat-umat Baginda yang dikasihi oleh Baginda. Ianya sebagai peringatan untuk kita hamba yang ada ketikanya hanyut dibawa arus dunia yang kadang kala tanpa sedar melekakan kita sebagai hamba yang lemah.
"Segala Puji bagi ALLAH, kita memuji, meminta pertolongan,beristigfar, dan bertaubat kepadanya. Kita berlindung dengannye daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita.Sesiapa yang ALLAH berikan Hidayah kepadanya,maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannye.Sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya.Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasulnya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba ALLAH supaya bertaqwa kepada ALLAH dan menggesa kamu supaya mentaatinya."
Aku membuka khutbahku ini dengan muqadimah yang baik. Wahai manusia! Dengarkan apa yang bakal aku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1) Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan pada hari ini, bulan ini dan Bandar ini ( Makkah dan kawasan sekitarnya)
2) Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punya.
3) Ingatlah! segala amalan jahilliyyah telah berada ditapak kakiku ( yakni telah dihapuskan)
4) Tuntutan hutang darah zaman jahilliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Inu Rabi'ah bin Al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad dan kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib.Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhanya.
6) Wahai manusia! Takutilah ALLAH S.W.T dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka amanat daripada ALLAH S.W.T dan mereka telah dihalalkan kapada kamu dengan kalimat ALLAH. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukanya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepadamu, maka wajiblah keatas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7) Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8) Jangan kamu menjadikan kafir selepas pemergianku, dimana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain, aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni Al-Quran dan As-Sunnah.
9) Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu.Maka aku menyeru kepada kamu menyembah ALLAH S.W.T, dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat dengan kerelaan. Dan kerjakanlah Haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) untuk itu kamu akan masuk Syurga Tuhanmu.
10) Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu,kamu semua berasal dari adam dan adam dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa terhadap ALLAH S.W.T. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan Taqwa.
11) ALLAH S.W.T telah menetapkan hak menerima harta pusaka kapada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat ALLAH keatas sesiapa yang mengaku sebagai pada kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.
12) Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bersaksi behawa Tuan (Baginda) telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda S.A.W mengangkat tangan ke langit dan menurunkan nye kearah orang ramai sambil berkata, "Ya ALLAH! Saksikanlah". Baginda S.A.W mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasullullah S.A.W dengan kuatnya dia Arafah ialah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf r.a.
Secara khulosahnya, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah kembali dimanakah tahap kita yang mengaku dirinya sebagai Umat Rasullullah S.A.W. Marilah sama kita renungi setiap nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku umat Baginda S.A.W iaitu umah Akhir Zaman.
Firman ALLAH S.W.T :
"WAHAI-WAHAI ORANG YANG BERIMAN!INGATLAH NIKMAT ALAH YANG TELAH DIBERIKAN KEPADAMU, KETIKA SUATU KAUM BERMAKSUD HENDAK MENYERANGMU DENGAN TANGANNYA, LALU ALLAH MENAHAN TANGAN MEREKA DARI KAMU, DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH S.W.T, DAN HANYA KEPADA ALLAH LAH HENDAKNYA ORANG-ORANG BERIMAN ITU BERTAWAKAL."
(SURAH AL-MAIDAH AYAT 11)
Asbabunnuzul
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah dan Yazid bin Abl Ziyad bahawasanya Rasullullah S.A.W. keluar bersama Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali Thalhah dan Abdulrahman bin Auf mendatangi rumah Ka'ab bin Asyraf dan seorang yahudi dari banu Nadhir untuk menagih pembayaran diyat (denda) atas mereka.lalu mereka berkata, "Baik, Silakan duduk hingga kami hidangkan makanan kepada kalian dan kami berikan apa yang kalian maksud."
Kemudian Rasullullah S.A.W duduk lalu berkatalah Hat Bin Akhtab kepada teman-temannya,"Tidakkah kalian melihat Muhammag sangat dekat, lemparkanlah kepadanya batu dan bunuhlah dia sehingga kalian tidak melihat kesulitan bagi selamanya."Kemudian mereka mengambil batu besar untuk dilemparkan kepada beliau. Akan tetapi, ALLAH S.W.T. Menahan dari apa yang mereka lakukan lalu datanglah malaikat Jibril memberitahu Rasullullah S.A.W. agar beliau segera bangkit dari tempat duduknya.Lalu turunlah ayat 11 ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)