Friday, February 24, 2012

dan orang yang sabar kerana mencari keredaah tuhanya,mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kam berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikkan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)
surah Al-Ra'd : ayat 22




Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
surah Al-Sajadah : ayat 13

Sunday, February 5, 2012

sayangi ibu bapa....

Sekiranya kita benar2 mengasihi Ibu,Bapa,Isteri,Anak2,Adik beradik.Sahabat,dan sesiapa shj, Selamatkanlah mereka dari terjerumus kedalam NERAKA selama2 nya.
Inilah kasih sayang yg sebenar2nya. Jika sekadar memberi harta dunia, atau menyediakan kesenangan dunia untuk menunjukkan rasa sayang kita, tanpa memikirkan orang yg kita sayang sama ada kesyurga atau keneraka, ini Hipokrit namanya.

Apa sahaja yg kita sediakan yg bersifat dunia hanyalah bersifat sebentar dan sementara sahaja.

Yg kita perlu usehakan untuk mereka yg tersayang adalah, beri didikan agama, agar orang yg kita sayanggi dapat terselamat dari azab Neraka Yg bersifat kekal abadi.

Inilah contoh kasih sayang yg ditunjukkan oleh jujungan kita Nabi Muhammad saw. Kepada kita semua.

Rasullullah saw tidak pernah memikirkan bagai mana nasib umatnya didunia, tetapi Rasullullah saw sentiasa memikirkan bagai mana nasib umatnya diakhirat kelak.

Contohi lah Rasullullah saw jika kita ingin kan kejayaan didunia dan diakhirat.
Bukan bermakna cinta Akhirat membuatkan kita tolak dunia atau menjadi papa dan hidup melarat didunia ini. Ini satu pemahaman yg amat amat salah.

Islam tidak pernah memusuhi kejayaan hidup didunia. Malahan ianya amat di tuntut didalam agama islam. Dengan adanya harta kekayaan, kita akan senang untuk beribadah, bersedekah, berzakat dan banyak lagi kelebihan bagi org yg diberi harta kekayaan semasa hidup didunia.

Cuma jagan sampai melangar hukum islam dlm memburu harta kekayaan, dan jgn sampai syirik kerana meyakini hanya harta kekayaan yg boleh menjamin masa depan kita,

Dan jangan disebabkan banyaknya harta, membuatkan kita cinta dunia melebihi cinta kita pada akhirat, sehingakan takut mati.

Sedangkan kematian adalah pintu untuk meraih kesenangan kekal abadi yg dijanjikan oleh Allah untuk umatnya yg bertakwa.

Dan janji Allah untuk umat2nya yg bertakwa ada didalam Ayat 1000 Dinar yg dijadikan oleh orang2 melayu sebagai pelaris kedai. Cuba fahami betul2 maksud ayat tersebut.

Dimana Allah akan menyelesaikan apa jua masaalah, dan memberi rezeki dari arah yg tidak disangka2 yg bukan didalam perancangan akal manusia. Dan Allah akan menyusun penghidupan khas bagi orang2 yg Bertakwa.

Ini janji Allah yg wajib kita yakini. Jika ada rasa ragu2 atau kurang yakin dgn ayat ini......