Thursday, November 10, 2011

~PeReMpUaN~

ALLAH memberikan gambaran  neraka kepada Rasullullah S.A.W, dan Rasullullah melihat isi.nerakanye ialah perempuan,di awal perempuan,di tengah prempan dan di akhir pun perempuan.

Sebabnya :
Perempuan sejata paling kuat yang digunakan oleh iblis ( Menggunakan perempuan untuk menjatuhkan lelaki)

Rasullullah berkata punca Perempuan masuk ke neraka ialah :
1. Lidah (mengumpat dll)
2. Derhaka pada suami (tidak nampak keburukan suami)
 Aurat :
1.Rambut
2.Suara
3.Cara Jalan

Akad Nikah Bukan Perkara Yang Remeh
1.tanggungjawab dari isteri,anak di tanggung oleh suami.
2.Kalau isteri tidak solat, isteri dapat dosa suami pun dapat dosa.
3.Kalau isteri dedah aurat, isteri dapat dosa,orang yang pandang dapat dosa,dan suami lagi banyak dapat dosa.

4.1 helai rambut dipandang oleh seorang yang bukan muhram, 40 tahun dalam neraka.
5.Pakai mackup untuk dipandang cantik oleh orang lain,isteri dapat dosa,orang yang pandang dapat dosa,suami lagi banyak dapat dosa,

*pahala jihad adalah pahala melawan nafsu.

6.Perempuan yang ingin memakai pakaian untuk menarik perhatian orang adalah dosa,dosanya seperti dosa berzina.begitu juga,jika lelaki yang memandang.

7.Perempuan yang memakai minyak wangi, dan di hidu oleh lelaki dan jika lelaki tersebut terhidu hingga menarik perhatian dan berkata " Ooo makai wanginye" sudah jatuh dosanye..

8.Perempuan yang memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan adalah haram.

Tetapi keistimewaan perempuan adalah,perempuan amat mudah masuk ke syurga JIKA :
1.Taat pada ALLAH & Rasul
2.Taat pada Ibu Bapa (bagi yang belum berkahwin)
3.Taat pada Suami (Bagi yang sudah Berkahwin)
selain itu: menjaga kehormatan,jaga aurat,maruah dll.

Ini Bukan Hendak mengatakan yang lelaki ini baik..seperti mana terjadi pada zaman dahulu..bagaimana Nabi Adam dan Hawa turun kebumi... Iblis menghasut Hawa supaya dapat menjatuhkan Nabi Adam.

Thursday, November 3, 2011

Di SeBaLiK DiRi...

(Surah Al Mukminun : 1-11)

"Sesungguhnya berjaya la orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solat, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada ( perbuatan dan perkataan yang tidak berguna) dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kamaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Sesiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka ialah orang-orang yang memelihara amanah-manah (yang dipikulnya) dan janjinya dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga Firdaus.Mereka kekal di dalamnya."

Al-Quran sering kali membicarakan tentang akhlak, kerana dengan akhlaklah manusia dapat mencapai kecemerlangan, kemajuan dan pembangunan yg sebenarnya. Akhlak yang digariskan oleh Al-Quran itu adalah bersifat global. Ia merangkumi akhlak manusia dengan ALLAH SWT (hablu minallah) dan akhlak manusia sesama manusia (hablu minannas).
Kita sebagai manusia perlu berakhlak dengan ALLAH SWT dalam erti kata bertaqwa kepada ALLAH SWT dan mentaati seta berserah diri kepadanya. ALLAH SWT berfirman di dalam AL-Quran :
"Segal puji bagi ALLAH, tuhan semesta alam,yang maha pemurah lagu maha penyayang, Yang menguasai hari pembalasan.Hanya kepada ENGKAULAH kami memohon pertolongan. Pimpinlah kamu ke jalan yang lurus" (Surah Al-Fatihah).
Akhlak pergaulan manusai sesama manusia (khususnya golongan yang beriman) diasaskan atas dasar persaudaraan.Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan,diperbaiki dan diperkukuhkan. ALLAH SWT berfirman didalam AL-Quran yang bermaksud :
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu." (surah AL-Hujurat : 10).

Monday, October 31, 2011

~Berfikiran Positif~

‎~Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna. ~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama! [BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!] ♥

Sunday, October 23, 2011

Untuk Hari Raya Korban...

Surah Al-Kawthar.

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


Surah Al-Haj
Ayat 34 :


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -


Ayat 35 :


Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.


Ayat  36 :


Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.


Ayat 37 :


Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.


Maka disini..Korban adalah diwajibkan untuk sekalian Umat Islam. Laksanakanlah...

Thursday, October 13, 2011

Sirah Junjungan Rasullulah S.A.W..

Auzubillahiminasyaitannirajim
Bismillahirrahmannirahim..


       Mengimbau kembali lembaran sirah Rasullula S.A.W, Padang Arafah menjadi satu medan yang terpalit satu peristiwa menyentuh hati dan mengharukan umat manusia yang mempunyai tunjang aqidah keimanan. Disinilah tempatnya Baginda Rasulullah S.A.W menyampaikan amanat wasiat terakhir sebelum meninggalkan seluruh umat yang dikasihi oleh baginda.
       Namun, sesudah Baginda wafat Islam mula berpecah-pecah antara fahaman dan kepercayaan terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasullulah S.A.W. akan tiba akhir zaman, manusia akan berpecah kepada 73 golongan yang mana hanya satu sahaja golongan yang akan diterima oleh ALLAH S.W.T iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


       ALAH S.W.T yang merakamkan didalam AL-Quran mafhumnye,


"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai ALLAH,ikutilah aku,nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


      Manakala selebihnya 72 golongan adalah terdiri daripada golongan-golongan :


1) Syiah = 22 golongan
2) Khawarij = 20 golongan
3) Muktazilah = 20 golongan
4) Murjiah = 5 golongan
5) Najjariah = 3 golongan
6) Jabbariyah = 1 golongan
7) Musyabbiah = 1 golongan


Secara khulosahnya, perpecahan dan perselisihan ini merupakan satu hikmah dari ALLAH S.W.T untuk menguji hamba-hambanya hingga menampakkan siapa yang mencari kebenaran yang sebenar dan siapa yang mementingkan hawa nafsu dan sifat fanatisme itu sendiri.


Dan ALLAH S.W.T berfirman mafhumnya:
"Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat,kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusannya) telah ditetapkan : "Sesungguhnya Aku akan memenuhkan Neraka Jahanam dengan Jin dan Manusia yang derhaka semuanya.""
(Surah Hud Ayat 118-119)


    Sebagai renungan dan peringatan untuk kita bersama, mari kita renungi kembali khutbah terakhir Rasullullah S.A.W sebagai wasiat amanat terakhir untuk umat-umat Baginda yang dikasihi oleh Baginda. Ianya sebagai peringatan untuk kita hamba yang ada ketikanya hanyut dibawa arus dunia yang kadang kala tanpa sedar melekakan kita sebagai hamba yang lemah.


    "Segala Puji bagi ALLAH, kita memuji, meminta pertolongan,beristigfar, dan bertaubat kepadanya. Kita berlindung dengannye daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita.Sesiapa yang ALLAH berikan Hidayah kepadanya,maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannye.Sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayah kepadanya.Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasulnya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba ALLAH supaya bertaqwa kepada ALLAH dan menggesa kamu supaya mentaatinya."


     Aku membuka khutbahku ini dengan muqadimah yang baik. Wahai manusia! Dengarkan apa yang bakal aku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.


1) Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan pada hari ini, bulan ini dan Bandar ini ( Makkah dan kawasan sekitarnya)


2) Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punya.


3) Ingatlah! segala amalan jahilliyyah telah berada ditapak kakiku ( yakni telah dihapuskan)


4) Tuntutan hutang darah zaman jahilliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Inu Rabi'ah bin Al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad dan kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib.Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhanya.


6) Wahai manusia! Takutilah ALLAH S.W.T dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka amanat daripada ALLAH S.W.T dan mereka telah dihalalkan kapada kamu dengan kalimat ALLAH. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukanya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepadamu, maka wajiblah keatas kamu menjaga makan pakai dengan baik.


7) Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.


8) Jangan kamu menjadikan kafir selepas pemergianku, dimana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain, aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni Al-Quran dan As-Sunnah.


9) Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu.Maka aku menyeru kepada kamu menyembah ALLAH S.W.T, dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat dengan kerelaan. Dan kerjakanlah Haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) untuk itu kamu akan masuk Syurga Tuhanmu.


10) Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu,kamu semua berasal dari adam dan adam dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang bertaqwa terhadap ALLAH S.W.T. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan Taqwa.


11) ALLAH S.W.T telah menetapkan hak menerima harta pusaka kapada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat ALLAH keatas sesiapa yang mengaku sebagai pada kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


12) Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, "Kami bersaksi bersaksi behawa Tuan (Baginda) telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu." Baginda S.A.W mengangkat tangan ke langit dan menurunkan nye kearah orang ramai sambil berkata, "Ya ALLAH! Saksikanlah". Baginda S.A.W mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasullullah S.A.W dengan kuatnya dia Arafah ialah Rabiah bin Umayyah bin Khalaf r.a.


     Secara khulosahnya, marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah kembali dimanakah tahap kita yang mengaku dirinya sebagai Umat Rasullullah S.A.W. Marilah sama kita renungi setiap nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita selaku umat Baginda S.A.W iaitu umah Akhir Zaman.
Firman ALLAH S.W.T :


"WAHAI-WAHAI ORANG YANG BERIMAN!INGATLAH NIKMAT ALAH YANG TELAH DIBERIKAN KEPADAMU, KETIKA SUATU KAUM BERMAKSUD HENDAK MENYERANGMU DENGAN TANGANNYA, LALU ALLAH MENAHAN TANGAN MEREKA DARI KAMU, DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH S.W.T, DAN HANYA KEPADA ALLAH LAH HENDAKNYA ORANG-ORANG BERIMAN ITU BERTAWAKAL."
(SURAH AL-MAIDAH AYAT 11)


Asbabunnuzul


    Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah dan Yazid bin Abl Ziyad bahawasanya Rasullullah S.A.W. keluar bersama Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali Thalhah dan Abdulrahman bin Auf mendatangi rumah Ka'ab bin Asyraf dan seorang yahudi dari banu Nadhir untuk menagih pembayaran diyat (denda) atas mereka.lalu mereka berkata, "Baik, Silakan duduk hingga kami hidangkan makanan kepada kalian dan kami berikan apa yang kalian maksud."


    Kemudian Rasullullah S.A.W duduk lalu berkatalah Hat Bin Akhtab kepada teman-temannya,"Tidakkah kalian melihat Muhammag sangat dekat, lemparkanlah kepadanya batu dan bunuhlah dia sehingga kalian tidak melihat kesulitan bagi selamanya."Kemudian mereka mengambil batu besar untuk dilemparkan kepada beliau. Akan tetapi, ALLAH S.W.T. Menahan dari apa yang mereka lakukan lalu datanglah malaikat Jibril memberitahu Rasullullah S.A.W. agar beliau segera bangkit dari tempat duduknya.Lalu turunlah ayat 11 ini.

Tuesday, October 11, 2011

Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon perlindunganmu dari keresahan dan kesedihan. Aku mohon perlindunganmu dari kelemahan dan kemalasan.Aku mohon perlindunganmu dari sifat pengecut dan kebakhilan. Aku mohon perlindunganmu dari tertimpa hutang piutang dan penindasan manusia...

Sunday, August 14, 2011

Surah An-Nisa'

Ayat 10
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk kedalam api nereka yang menyala-nyala.

Ayat 15
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu,maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga ALLAH mengadakan untuk jalan keluar (dari hukuman itu).

Ayat 18
Dan tidak ada gunanya taubat kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila sala seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: " Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini", (sedang taubatnya itu sudah lambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir, orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereak azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 19
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan keseksaan, dan jangalah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka lakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu (merasa) benci kepade mereka (disebabkan tingkah lakunya janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerena boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang ALLAH hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)

Ayat  22
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa lain. sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji,dan di benci (oleh ALLAH) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)

Ayat 23
Di haramkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saidara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan  anak-anak saudara yang perempuann, dan ibu-ibu susuan kamu, dan ibu-ibu isterikamu yang kamu campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu dan (kamu telah pun menceraikan mereka) maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, Dan diharamkan kamu menhimpunkan dua beradik sekali ( untuk menjadikan isteri-isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, Sesungguhnya ALLAH adalah maha pengampun lagi maha mengasihi

Ayat 27
Dan ALLAH hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh ALLAH itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya

Ayat 28
ALLAH (sentiasa) hendak meringkan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

Ayat 31
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa yang dilarang kamu melakukannya kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ketempat yang mulia (syurga)

Ayat 32
Dan jangalah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang ALLAH telah berikan sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada ALLAH dan limpah kurnianya. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat 36
Dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan jangalah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan menbangga-banggakan diri

Wednesday, August 10, 2011

surah AL-Ali Imran...

Ayat 147 (doa)
Tidak ada ucapan mereka selain berdoa: " Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kamu yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

Ayat 148
Kerana itu, ALLAH memberikan mereka genjaran pahala didunia dan pahala yang sebaik-baik diakhirat. Dan ALLAH menyukai orang yang berbuat kebaikan.

Ayat 150
Hanya (taatilah ALLAH),ALLAH pelindung kamu, dan dialah sebaik-baik penolong

Ayat 160
Jika ALLAH menolong kamu,maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; Jika ALLAH membiarkan kamu ( tanpa memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari ALLAH? Oleh itu, hendaklah kepada ALLAH sahaja orang-orang mukmin bertawakal.

Ayat 175
Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) manakutkan-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya ( kaum kafir musyrikin), Oleh itu, jangalah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaku (jangan cuaikan perintahku) jika betul kau orang-orang yang beriman.

Ayat 177
Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada ALLAH sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 185
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari nereka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaranya) tidak lain hanyalah bagi orang-orang yang terpedaya.

Ayat 186
Demi sesugguhnya, kamu akan diuji pada harta dan diri kamu, Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah deberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik.

Ayat 188
Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakuka, Jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 191
(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata); "Wahai tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau, maka periharalah kami dari azab neraka.

Ayat 193 (doa)
Wahai tuhan kami! sesungguhnya kamu telah mendengar seorang penyeru (rasul) yang menteru kepada iman, katanya: " Berimanlah kamu kepada tuhan kamu,maka kamu pun beriman,wahai tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kamu, dan matikanlah kami bersam orang-orang yang berbakti.

Ayat 194 (doa)
Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah engkau janji kan kepada kami melalui Rasul-Rasulnya dan janganlah engkau hinakan kamu pada hari kiamat; sesungguhnya engkau tidak mungkiri janji".

Ayat 195
Maka tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu  (adalah keturunan) daru setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah ( kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir ke luar dari tempat tnggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil); Sesungguhnya aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, sebagai pahala disisi ALLAH, Dan disisi ALLAH jualah pahala yang sebaik-baik (bagi mereka yang beramal soleh)"

Ayat 196
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir didalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

Ayat 197
(semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap kemudian tempat kembali mereka neraka jahanam; dan itulah seburuk-buruk tempat kejadian...

Ayat 200
Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,dimedan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

surah AL-Ali Imran...

Ayat 131
Dan periharalah diri kamu dari api neraka, yang disedia kn bagi orang-orang kafir.

Ayat 132
Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasulnya, supaya kamu diberi rahmat.

Ayat 134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik

Ayat 138
(Al-Quran) ini adalah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Ayat 139
Dan janganlah kamu merasa lemah ( dalam perjuangan mempertahan dan menegakkann islam ) dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi  (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman

Ayat 142
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada ALLAH (wujudnya) orang-orang yang berjuhad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) diantara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)

Sunday, August 7, 2011

surah AL-Ali Imran...

Ayat 60
Perkara yang benar ialah yang datang dari tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi orang-orang yang ragu-ragu.

Ayat 74
ALLAH menentukan pemberian rahmatnya itu kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan (ingatlah) ALLAH mempunyai limpah kurnia yang besar.

Ayat 76
Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang,kerana) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Ayat 92
Kamu tidak akan sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya.

Ayat 96
Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan ( dijadikan ) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Ayat 101
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat ALLAH (AL-Quran)  dan dalam kalangan kamu ada Rasulnya (Muhammad S.A.W)? dam sesiapa berpegang teguh kepada (Agama) ALLAH, maka sesungguhnya ia telah peroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)

Ayat 102
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan ISLAM.

Ayat 104
Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru ( berdakwa ) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Ayat 106
(ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri dan ada yang (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak); "Patutkah kamu kufur ungkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka kekufuran kamu itu".

Ayat 109
Dan bagi ALLAH jualah hak milik segala yang ada du langit dan yang ada dibumi, dan kepada ALLAH jualah dikembalikan segala urusan.

Ayat 114
Mereka beriman kepada ALLAH dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), dan  mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang soleh.

Ayat 115
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan,maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari ( atau disekat dari mendapat pahalanya) dan (ingatlah) ALLAH sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.

Thursday, August 4, 2011

surah AL-Ali Imran...

ayat 16 (doa)
(iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata : " Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan periharalah kami azab neraka.

ayat 38 (doa)
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya,katanya : " Wahai tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) dosa permohonan.

ayat 51
Sesungguhnya ALLAH ialah tuhanku dan tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadanya, inilah jalan yang lurus.

ayat 53 (doa)
"Wahai tuhan kami! kami telah beriman kepada apa yang tealh engkau turunkan dan kami mengikut Rasulmu: oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi ( yang mengakui keeasaanmu dan kebenaran Rasulmu )

Wednesday, August 3, 2011

surah Al-Baqarah

Ayat 244
Dan berperanglah kamu pada jalan ALLAH (kerana mempertahankan kebenaran agamanya); dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.

Ayat 245
Siapakah orang yang(mahu) memberikan pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya ALLAH berlipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) ALLAH jualah yang menyempitkan dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadanyalah kamu semua dikembalikan.

Ayat 250
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata :" Wahai tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menanhkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Ayat 254
Wahai orang-orang yang beriman! sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir mereka itulah orang-orang yang zalim.

ayat 256
tidak ada paksaan dalam agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut,dan ia pula beriman kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yag tidak akan putus. Dan (ingatlah) ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.

Ayat 257
ALLAH pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur) mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.

Ayat 263
(menolak perminta-perminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatllah) ALLAH maha kaya lagi maha penyabar.

Ayat 264
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit (kelakuan yang) menyakiti,seperti (rosakkan pahala amal sedekah) orang yang berbelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat,lalu ditinggalkan bersih licin  (tidak bertanah lagi). (demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Ayat 281
Dan periharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada ALLAH. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahanya, sedang mereka tidak dikurangkan balasanya sedikit pun.

Ayat 284
segala yang ada di langit dan yang ada dibumi adalah kepunyaan ALLAH. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya ALLAH akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanya) dan (ingatlah) ALLAH maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ayat 285
Rasullulah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada ALLAH,dan MALAIKAT-MALAIKATnya, dan KITAB-KITABnya dan RASUL-RASULnya (mereka berkata) : " kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasulnya" mereka berkata lagi : "kami dengar dan kami taat (kami pohonkan ) keampunan wahai tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali.

Ayat 286
ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menangung dosa kejahatan yang di usahakanya,(mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami, Jangalah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.Wahai tuhan kami,Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berikanlah rahmat kepada kami engkaulah penolong kami oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Tuesday, August 2, 2011

surah Al-Baqarah

ayat 201
Dan diantara mereka pula ada yang (berdoa dengan ) berkata : "Wahai tuhan kami,berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami dari azab neraka".

ayat 206
Dan apabila dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah engkau kepada ALLAH" timbullah kesombongan dengan (meneruskan) dosa ( yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia *menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu), adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

ayat 209
Maka kalau kamu tergelincir ( dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu ), sesudahnya keterangan- keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya ALLAH maha kuasa, lagi maha bijaksana.

ayat 214
adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga. Padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah ditimpa kepapaan ( kemusnahan harta benda) dan serangan,serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; "Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH?" ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH).

ayat 224
(Dan jangalah kamu jadikan nama) ALLAH dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah) ALLAH sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui.

ayat 225
ALLAH tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah) tetapi ia mengira kamu bersalah (dan akan mnegenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah) ALLAH maha pengampun lagi maha Penyabar.

ayat 238
Periharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunye) segala sembahyang fardu,khasnya sembahyang wusta (sembahyang asar) dan berdirilah kerana ALLAH (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

ayat 239
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila amu telah aman sentosa maka hendaklah kamu mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna).sebagaimana ALLAH telah mengerjakan kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Monday, August 1, 2011

surah Al-Baqarah

Dan takutlah kamu kepada suatu hari pada waktu seseorang tidak dapat menggantikan orang lain sedikit pun tidak akan diterima suatu tebusan darinya dan tidak akan memberi menfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. ( Dosa dan pahala seseorang tidak dapat dipindahkan kepada orang lain)

ayat 153
Wahai orang yang beriman, minta lah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat, sesungguhnya,ALLAH bersama orang yg sabar..

ayat 168
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikt jejak langkah, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.

ayat 170
dan apabila dikatakan kepada mereka "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH" mereka menjawab: " (Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya sekalipun datuk neneknye tidak faham sesuatu apa pun tentang perkara2 agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah dari ALLAH?

ayat 186
dan apabila hamba-hambanya bertanya kepadamu mengenai aku maka beritahu kepada mereka : sesungguhnya aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; aku perkenankan permohonan orang yang berasa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahku) dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik dan betul.

ayat 191
dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangu kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usir mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu, dan ( ingatlah bahawa angkara ) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka disekitar masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu disitu, Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (disitu), maka bunuhlah mereka, demikianlah balasan bagi orang2 yang kafir.

Wednesday, July 27, 2011

surah Muhammad

 Allah suruh kita tgok contoh2 org dlu2, (Qorun = Harta, Pangkat = firaun )dll
 = ikut perntah ALLAH,
 = jangan merasakan apa yang kita miliki adalah hasil usaha kita,
     * ia sebenarnye pemberian ALLAH
     * segala-galanya adalah milik ALLAH. Yakin Pada ALLAH!!!

NERAKA..= 7 lapisan
lapisan 1 selaus antara langit dan bumi,api neraka yg paling atas umpama jika dibaling batu 70 thn
-hitam pekat,panas yang tiada tandingan.
-untuk umt Muhammad yang tidak sempat bertaubat.

lapisan 2 70x ganda,untuk orng2 kristian
lapisan 3 70x ganda unutk orng2 yahudi
lapisan 5 unutk orng2 yang murtad
lapisan 6 untuk orng2 kafir yang menetang islam
lapisan 7 untuk orng2 munafik

-kiamat akan datang secara mengejut kpd golongan ygn ingkar,ALLAH tidak menerima taubat disaat akhir (nak mati / nak kiamat).
-ALLAH maha mengetahui,
-Orang munafik - mintak diturunkan surah untuk berjihad, apabila diturunkan mereka ingkar.
-sekiranya kita berpaling setelah kita paham tentang islam ALLAH akan menghabiskan golongan tersebut ( dipekakkan / dibutakan  dll )
 * pekak = tidak dengar akan hal2 kebaikan
 * buta = tidak nmpk akan hal2 kebaikan

-orang munafik,fasik akan mati dalam keadaan amat hina ( ALLAH tidak akan menerima segala amalanye )
- setiap perkara buruk, ALLAH akan dedahkan,
 * jika tidak di atas bumi, akan didedahkan di akhirat.
 * orang yg kita burukan akan menuntut (pahala). andai kita kehabisan pahala kita akan menyedut dosa2 orng berkenaan.

- tanda2 orng munafik( lihat pada sifatnya)
- ALLAH PASTI AKAN UJI ORNG YG BERIMAN 
  *SESUNGGUHNYA KAMI AKAN TETAP MENGUJI KAMU WAHAI ORANG2 BERIMAN


-Arahan ALLAH supaya taat perintah ALLAH, berpegang pada AL-Quran dan Hadith.
 *HADITH : barangsiapa yang  melakukan ibadah yang tak pernah dilakukan adalah bidaa'h
 * BIDA'AH ADALAH SESAT,SESAT ADALAH HARAM, HARAM ADALAH DOSA, DOSA AKAN PERGI KE NERAKA SELAMANYE.
*SIAPA YANG TIDAK MENGIKUT AL-QURAN / HADITH AKAN TERBATAL IMANNYE..


-orang yang menhalang orng nk beriman neraka lah tempatnye...
-peirngatan kapada kita ; jangan mudah diperdaya oleh musuh.
-Dunia adalah permainan. Dunia umpama mimpi, Tuhan tdak meminta apa2
-jika ALLAH meminta harta kita, ( berbelanje ke di jalan ALLAH ) adalah kita bersifat bakhil.

Wednesday, July 20, 2011

Surah Al-Jathiyah

(ayat 1)
Ha Mim - Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui maksud yg tersirat.

(ayat 2-6)
ALLAH mahu kita memikirkan kekuasaan daripada ciptaannya, langgit/bumi/siang.malam/kejadian hujan/matahari. fikirkan,betapa hebatnya ALLAH dan betapa kerdilnye manusia.

(ayat 7)
celakalah keatas orang yang berdusta. (orang yang tahu akan ilmu/perkara yang benar dia menyembunyikannye).

(ayat 8)
(orang yang sombong dengan ALLAH) baca AL-Quran tahu hukum hakam tapi tak buat, ALLAH pesan berita gembira kepadanya dengan azab yang pedih

(ayat 9)
orang yang tahu akan sesuatu ayat,dan maksudnye lalu dimainkannye, maka azab neraka untuknya, (menjadikan ayat AL-Quran sebagai bahan ejekan.)

(ayat 10)
ALLAH menyediakan neraka jahanam;ALLAH tidak mencatat/menilai amalan pada seseorang.
(bocor)
-akidah
-sifat mazmumah
*perasaan sombong.(sifat yang digunakan iblis)
  - tidak akan masuk syurga,
  - sifat dengki,
  - merendahkan orang lain,
  - khianat,
  - pendendam

(ayat 11)
ALLAH memberitahu bahawa AL-Quran adalah satu hidayah.

(ayat 12)
ALLAH membentangkan laut,untuk memudahkan kita mencari rezeki/pengangkutan.

Definisi SYUKUR
menggunakan apa yang diberi/dimiliki ditempatnye,(setiap apa yang dikurniakan oleh ALLAH)

(ayat 13 -14)
Bukti dan tanda-tanda kekuasaan ALLAH

(ayat 15)
ALLAH menyuruh kita memaafkan.sentiasa bersangka baik.

(ayat 16-17)
ditujukan pada orang Yahudi
-menceritakan orang yahudi diberi segala-gala didunia sebelum ditunjukkan darjat,sehingga datangnye nabi dari keturunan arab.

(ayat 18)
barang siapa yang tidak yakin (menolak) dengan ayat ALLAH,maka tercabut imanya (kafir)

(ayat 19)
ALLAH adalah pelindung untuk kita,

(ayat 20)
Hukum-hukum yang diiktiraf adalah hukum yang tercatat didalam AL-Quran.
- berpegang pada 2 perkara:
   *AL-Quran
   *Hadith
-ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasullulah adalah BIDA'AH,
 BIDA'AH adalah sesat,sesat perginye ke neraka.

(ayat 21)
buruk sangatlah jika sangkaan seseorang,sama sahaja orang yang beriman / tak beriman / kurang iman

(ayat 22-23)
tiada bencana/ kecelakaan yagn tidak tercatit dikitab ALLAH,
ALLAH tidak suka orang yang sombong.
panduan untuk duduk diatas landasan islam,
jangan letak sesuatu perkara sebagai satu usaha unutk berjaya (didunia)

(ayat 24-26)
menenangkan untuk menyakinkan kita kehidupan lepas mati.

(ayat 27)
menceritakan kedatangan kiamat (besar/kecil)
sebelum khiamat datang manfaatnya masa untuk beribadah.

(ayat 28)
semua akan berlutut menunggu buku amalan diserah.

(ayat 29)
kitab yang diberikan adalah benar,segala yang dilakukan atas dunia dicatat.

(ayat 30)
orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ALLAH akan memasukkan mereka kepada rahmatnya (syurga) Demikian itulah kemenangan yang nyata.

(ayat 31)
diakhirat,orang kafir akan ditanya,ALLAH akan ayat2nya

(ayat 32)
tak yakin dengan hari khiamat (mengolok-olokkan)

(ayat 33)
Tempat untuk orang mengolok-olokkan ke neraka.

(ayat 34)
Pada hari ini kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melakukan pertemuan (dengan hatimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dann sekali-kali tidak akan ada penolong bagimu.

(ayat 35)
ALLAH tak menerima taubat bila dan diambang sakaratulmaut,
bertaubat sebelum terlambat.
berhati-hati,jangan sampai dunia ini memperdayakan kita.

Perkara yang boleh membocorkan kantong pahala kita....

1- Akidah.
2- sifat mazmumah :
      * sifat-sifat yang dipakai oleh jin.
      * ALLAH menjanjikan neraka kepada orang yang mempunyai sifat mazmumah.

sifat mazmumah:
       * sifat dengki
       * pendendam
       * panas baran.
memperbanyakkan doa mohon pada tuhan agar menjauhkan dari sifat2 mazmumah...

Al-Quran = pembuka hidayah.
               = adalah pedoman bagi manusia.

setiap BIDA"A adalah sesat.

menjaga hati diri sendiri :
*ALLAH menyuruh memaafkan orang.
 = sesiapa saja yang telah menyakiti hati kamu,maafkan orang itu..
*bersangka baik.
 = bersangka baik pada orang walaupun didepan mata sendiri seseorang melakukan perkara yg tidak baik,
    contoh: seseorang mencuri didepan mata kamu,tetap la bersangka baik, mungkin orang itu terdesak.atau amat memerlukan barang tersebut.


Mati seseorang itu tiada siapa yang boleh membantu,
setiap yang mati akan meninggal 3 perkara iaitu:
1-amal ibadah simati,
2-harta
3-doa anak yang soleh

* manusia paling bijak disisi ALLAH adalah manusia yang sentiasa memikirkan kematian
* banyakkan berfikir dari mana asal usul kita,
* bila2 masa ALLAH boleh tarik nikmat kita,
*Jangan terlalu sibuk dengan dunia,sampai lupa dengan akhirat.

Saturday, July 16, 2011

untuk yg tersayang.....

akan ku jaga,
seluruh jiwaku,
biarla karam berdua,
asal kau tak terlepas dari genggamanku,
biar ku lamar,
sahih dirimu,
menjadi ratu,
beradu dalam pelukanku,
kejoraku bersatu....