(Surah Al Mukminun : 1-11)
"Sesungguhnya berjaya la orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solat, dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada ( perbuatan dan perkataan yang tidak berguna) dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kamaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Sesiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka ialah orang-orang yang memelihara amanah-manah (yang dipikulnya) dan janjinya dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga Firdaus.Mereka kekal di dalamnya."
Al-Quran sering kali membicarakan tentang akhlak, kerana dengan akhlaklah manusia dapat mencapai kecemerlangan, kemajuan dan pembangunan yg sebenarnya. Akhlak yang digariskan oleh Al-Quran itu adalah bersifat global. Ia merangkumi akhlak manusia dengan ALLAH SWT (hablu minallah) dan akhlak manusia sesama manusia (hablu minannas).
Kita sebagai manusia perlu berakhlak dengan ALLAH SWT dalam erti kata bertaqwa kepada ALLAH SWT dan mentaati seta berserah diri kepadanya. ALLAH SWT berfirman di dalam AL-Quran :
"Segal puji bagi ALLAH, tuhan semesta alam,yang maha pemurah lagu maha penyayang, Yang menguasai hari pembalasan.Hanya kepada ENGKAULAH kami memohon pertolongan. Pimpinlah kamu ke jalan yang lurus" (Surah Al-Fatihah).
Akhlak pergaulan manusai sesama manusia (khususnya golongan yang beriman) diasaskan atas dasar persaudaraan.Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan,diperbaiki dan diperkukuhkan. ALLAH SWT berfirman didalam AL-Quran yang bermaksud :
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu." (surah AL-Hujurat : 10).
No comments:
Post a Comment