ayat 201
Dan diantara mereka pula ada yang (berdoa dengan ) berkata : "Wahai tuhan kami,berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat, dan periharalah kami dari azab neraka".
ayat 206
Dan apabila dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah engkau kepada ALLAH" timbullah kesombongan dengan (meneruskan) dosa ( yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia *menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu), adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
ayat 209
Maka kalau kamu tergelincir ( dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu ), sesudahnya keterangan- keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya ALLAH maha kuasa, lagi maha bijaksana.
ayat 214
adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga. Padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah ditimpa kepapaan ( kemusnahan harta benda) dan serangan,serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; "Bilakah (datangnya) pertolongan ALLAH?" ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH).
ayat 224
(Dan jangalah kamu jadikan nama) ALLAH dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah) ALLAH sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui.
ayat 225
ALLAH tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah) tetapi ia mengira kamu bersalah (dan akan mnegenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah) ALLAH maha pengampun lagi maha Penyabar.
ayat 238
Periharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunye) segala sembahyang fardu,khasnya sembahyang wusta (sembahyang asar) dan berdirilah kerana ALLAH (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
ayat 239
Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila amu telah aman sentosa maka hendaklah kamu mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna).sebagaimana ALLAH telah mengerjakan kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment