Sunday, August 14, 2011

Surah An-Nisa'

Ayat 10
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk kedalam api nereka yang menyala-nyala.

Ayat 15
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu,maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga ALLAH mengadakan untuk jalan keluar (dari hukuman itu).

Ayat 18
Dan tidak ada gunanya taubat kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila sala seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: " Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini", (sedang taubatnya itu sudah lambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir, orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereak azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat 19
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan keseksaan, dan jangalah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka lakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu (merasa) benci kepade mereka (disebabkan tingkah lakunya janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerena boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang ALLAH hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)

Ayat  22
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa lain. sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji,dan di benci (oleh ALLAH) serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)

Ayat 23
Di haramkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut) ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saidara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan  anak-anak saudara yang perempuann, dan ibu-ibu susuan kamu, dan ibu-ibu isterikamu yang kamu campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu dan (kamu telah pun menceraikan mereka) maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, Dan diharamkan kamu menhimpunkan dua beradik sekali ( untuk menjadikan isteri-isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, Sesungguhnya ALLAH adalah maha pengampun lagi maha mengasihi

Ayat 27
Dan ALLAH hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh ALLAH itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya

Ayat 28
ALLAH (sentiasa) hendak meringkan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.

Ayat 31
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa yang dilarang kamu melakukannya kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ketempat yang mulia (syurga)

Ayat 32
Dan jangalah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang ALLAH telah berikan sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada ALLAH dan limpah kurnianya. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat 36
Dan hendaklah kamu beribadat kepada ALLAH dan jangalah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan menbangga-banggakan diri

No comments:

Post a Comment