Ayat 244
Dan berperanglah kamu pada jalan ALLAH (kerana mempertahankan kebenaran agamanya); dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.
Ayat 245
Siapakah orang yang(mahu) memberikan pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya ALLAH berlipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) ALLAH jualah yang menyempitkan dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadanyalah kamu semua dikembalikan.
Ayat 250
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata :" Wahai tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami,dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menanhkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
Ayat 254
Wahai orang-orang yang beriman! sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepadamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak jual beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir mereka itulah orang-orang yang zalim.
ayat 256
tidak ada paksaan dalam agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut,dan ia pula beriman kepada ALLAH, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yag tidak akan putus. Dan (ingatlah) ALLAH maha mendengar lagi maha mengetahui.
Ayat 257
ALLAH pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur) mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya.
Ayat 263
(menolak perminta-perminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatllah) ALLAH maha kaya lagi maha penyabar.
Ayat 264
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit (kelakuan yang) menyakiti,seperti (rosakkan pahala amal sedekah) orang yang berbelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat,lalu ditinggalkan bersih licin (tidak bertanah lagi). (demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Ayat 281
Dan periharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada ALLAH. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahanya, sedang mereka tidak dikurangkan balasanya sedikit pun.
Ayat 284
segala yang ada di langit dan yang ada dibumi adalah kepunyaan ALLAH. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya ALLAH akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanya) dan (ingatlah) ALLAH maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ayat 285
Rasullulah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada ALLAH,dan MALAIKAT-MALAIKATnya, dan KITAB-KITABnya dan RASUL-RASULnya (mereka berkata) : " kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasulnya" mereka berkata lagi : "kami dengar dan kami taat (kami pohonkan ) keampunan wahai tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali.
Ayat 286
ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menangung dosa kejahatan yang di usahakanya,(mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami, Jangalah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.Wahai tuhan kami,Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berikanlah rahmat kepada kami engkaulah penolong kami oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
No comments:
Post a Comment