Wednesday, May 2, 2012

PERJALANAN PENGHIDUPAN MANUSIA

Setiap manusia akan melalui proses perjalanan yg telah dietapkan oleh ALLAH SWT, ini lah Sunnahtullah. Perjalanan manusia mesti melalui 5 alam yang telah ditetapkan jangka hayat manusia.

1. Alam yang pertama ialah ALAM ROH dimana semua manusia taat dan patuh pada perintah ALLAH SWT, selepas itu roh akan disuntik masuk kealam kedua. Firman ALLAH SWT :
"roh itu daripada urusan ALLAH, kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit."
(Al-Isra : 85)


2. Alam yang kedua ialah ALAM RAHIM. Di sini manusia akan tinggal lebih kurang 9 bulan 10 hari. Ada yang kurang dan ada yang lebih. Seterusnya manusia akan berpindah ke alam yang lebih besar dan mencabar iaitu alam ketiga. Firman ALLAH SWT :
"ALLAH mengetahui apa yang dikandung oleh setiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang daripada kandungan rahim itu atau lebih."
(Al-Ra'd : 8)


3. Alam yang ketiga ialah ALAM DUNIA. Kunci pemindahan ini merupakan kelahiran, disini manusia akan tinggal sebentar sahaja sementara menunggu saat kematian. Satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun kadar masa di dunia, bermakna tinggal didunia tak sampai pun satu hari, ibarat untuk mengumpul seberapa banyak pahala sebagai pesedian untuk ke alam seterusnya iaitu alam keempat. Firman ALLAH SW :
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan) serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak." 
(Al-Hadid : 20)


4. Alam yang keempat ialah ALAM BARZAH. Dimana kunci pemindahannya ialah kematian. Alam ini merupakan pintu-pintu akhirat, adanya soalan munkar nangkir dan adanya siksa kubur. Susah senang dialam ini bergantung atas bekal yang dibawa dari alam yang sebelumnya. Jangka masa tinggal di alam ini juga lebih lama sebelum berpindah ke alam seterusnya yang mana jauh lebih besar dan bersifat kekal abadi selamanya.
Firman ALLAH SWT :
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya." 
(Al-Mulk : 2)


5. Alam yang kelima ialah  ALAM AKHIRAT. Kunci permindahan alam ini ialah KIAMAT. Dialam ini adanya padang masyar dan mahkamah ALLAH, manusia akan dihakimi oleh ALLAH dan di pertimbangkan seadil-adilnya, dari perkara kecil yang sebesar zarah hinggalah ke perkara yang sebesar-besarnya dari atas usaha dan amalan semasa hidup di dunia. Alam ini juga adanya timbangan mizan & jambatan sirat.
Adanya azab neraka yang tiada tandingan dan adanya keindahan yang syurga tiada tolak banding nikmatnya. Di alam ini manusia akan hidup kekal abadi selama-lamanya. Jika senang, senanglah selamanya dan jika sengsara manusia akan sengsara selama-lamanya. Firman ALLAH SWT :
"... dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar darjatnya perbezaannya dan lebih besar keutamaanya." 
( Al-Isra' : 21)




      Bekas beirisi pasir ini melambangkan jangka hayat atau umur manusia semasa hidup di alam dunia, juga diibarat sebagai modal yang ALLAH berikan untuk meniagakan dan meraih keuntunggan bagi mereka yang pandai memanfaatkan masa hidup didunia. bagi yang lalau modal akan habis begitu sahaja.
      'Masa itu ibarat emas' dan nilai pasir ini lebih mahal dari emas. Setiap manusia mempunyai bekas yang berbeza saiznya ketika lahir di dunia.
      Pasir bahagian atas akan turun ke bahagian bawah secara perlahan-lahan tanpa henti sehinggalah ianya habis menandakan manusia akan masuk ke alam yang kekal abadi. Pasir ini juga adakalanya akan habis tanpa memberi apa-apa tanda amaran dan waktu atau saat ini kita tidak tahu seberapa banyak baki pasir yang terringgal, selagi kita masih mampu bernafas lagi, maknanya kita masih berpeluang mencari seberapa banyak bekal untuk meneruskan perjalanan ke alam barzah dan seterusnya alam Akhirat.
      Fikir-fikir dan renung-renungkanlah, adakah kita sudah bersedia untuk berpindah? Tiada manusia yang tahu sama ada esok masih bernyawa lagi atau tidak? Maka itu hendaklah kita sentiasa bersiap sedia untuk berpindah!!!


     Air terjun buatan yang mengalirkan air dari puncak yang tinggi ke kolam yang rendah. Di tengah-tengah aliran ini mempunyai satu tempat berupa teluk yang mana airnya tenang. Dibahagian bawahnya pula ada saluran paip yang menyedut air kolam untuk dihantar ke puncak untuk meneruskan proses yang sama.
     Kolam yang terdapat di Puncak, diibaratkan sebagai SYURGA manakala kolam takungan yang dibawah amatlah rendah juga disifatkan sebagai NERAKA. Terdapat sungai besar antara kedua kolam yang di ibaratkan sebagai ALAM DUNIA.
     Manakala Arus Air yang mengalir laju dari puncak ke bawah diibaratkan ARUS NAFSU yang mana arus nafsu ini menuju dan menheret manusia ke NERAKA.
     Paip yang di bahagian bawah pula merupakan laluan khas yang ALLAH berikan pada orang perempuan untuk membawanya naik ke PUNCAK SYURGA.
     Teluk pertengahan menandakan tempat kelahiran manusia, tiada cabaran dan dugaan hinggalah akhir baligh. Firman ALLAH SWT :
"katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya aku dilarang menyembah sembahan-sembahan kamu selain ALLAH. 'Katakanlah lagi : Aku tidak akan mengikut hawa nafsu kamu, kerana (kalau aku mengikutnya) sesungguhnya sesatlah aku, bukanlah aku dari golongan orang yang mendapat hidayah." 
(Al-An'am : 56)

No comments:

Post a Comment