Wednesday, May 2, 2012

sambungan Perjalanan Penghidupan Manusia

     Apabila umur akhil baligh, manusia akan dimasukkan ke dalam arus sungai dan disinilah bermulanya pentas hidup dan cabaran bagi setiap manusia. Tidak mungkin manusia akan tinggal selamanya didalam sungai melainkan ke puncak syurga atau ke jurang neraka?
     Hampir semua manusia memilih dan mencari keselesaan hidup disungai mengikut arus nafsu masing-masing. Hanya beberapa orang yang berakal,berilmu dan bersemangat waja sahaja yang mahu hidup menentang arus sungai untuk menuju ke puncak atau di labelkan sebagai orang gila,bodoh,dan sesat oleh semua manusia yang tengah berpusu-pusu turun ke bawah mengikut arus sungai nafsu.
     Hakikatnya, mereka itulah yang bodoh serta BOTOL (bodoh+tolol). semasa manusia berada didalam sungai, kebanyakkan orang-orang botol ini leka dengan berusaha untuk mendapatkan keselesaan, kesenangan, keseronokkan dan kepuasan hidup di dalam sungai. Mereka mula memikirkan atau mencipta pelbagai cara dengan menggunakan pelbagai alat untuk mendapatkan keselesaan hidup didalam arus yang deras ini. Ada yang hanya berenang,ada yang menggunakan pelampung, adan pula yang membuat rakit, ada yang naik sampan, ada yang menggunakan bot dan sebagainya untuk kesenangan dan keselesaan.
     Orang-orang botol ini terleka dan terlupa akan matlamat dan hala tuju yang sepatutnya kerena tidak mahu bersusah payah untuk melawan arus, mereka terus leka dan berseronok serta berpesta didalam sungai tersebut. Arus sungai yang tiada hentinya menghayutkan mereka yang botol ini ke neraka. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menjadikan hidup meriah di sungai. Ada yang bernyanyi, bersukan,berjudi,berfoya-foya, dengan perempuan dan mereka akan berlumba-lumba mencari kesempurnaan dan keseronokan hidup dalam sungai tanpa mengira apa cara sekalipun.
     Pijak-memijak, benam-membenam, fitnah-menfitnah, rasuah sana-sini,dan pelbagai kejahatan yang dilakukan demi untuk kepentingan diri senditi. Apa yang penting mereka hidup selesa didalam sungai itu.
     Ibu bapa sibuk mengajar anak-anak dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan agar masa depan anaknya gemilang hidup selesa dibawa arus sungai. Penjaga keamanan pula sibuk menjaga golongan botol ini hidup selesa dan aman dala arus sungai.
     Peniaga pula sibuk mencari keuntungan di dalam sungai, menjual pelbagai barangan keperluan manusia botol ini untuk terus hidup dalam sungai.
     Ahli sukan pula sibuk mencipta dan berlumba-lumba mencari nama untuk berbangga diri di dalam sungai.
Para artis pula sibuk menhiburkan manusia botol ini didalam sungai. Berbagai rancangan yang menarik yang dipaparkan di kava tv berbentuk hiburan berupa nyanyian, lawak jenaka, drama dan pelbagai rancangan  disusun untuk hiburan manusia botol dalam sungai ini.
      Pakar prubatan pula sibuk menjaga kesihatan orang-orang botol didalam sungai dan kesihatan orang-orang dan senantiasa mengawasi agar orang-orang botol ini sihat dan cergas untuk berenang-renang mengikut arus sungai yang ada.
     Ahli agama pula sibuk menjual agamanya demi menjaga nama dan jawatan agar selesa hidup didalam sungai. Ahli politik sibuk merebut kuasa dan jawatan demi mendapat kuasa untuk mentadbir sungai.
     Manakala pengundi-pengundinya pula sibuk menentukan siapa agaknya boleh menjadi pemimpin yang menjaga mereka di dalam sungai.
      Di dalam bidang pendidikan pula, guru-guru sibuk mengajar muridnya bagaimana nak hidup selesa dalam sungai, sistem pembelajaran yang dianjurkan oleh Islam mereka tolak dan sistem penyusunan yahudi diguna pakai.
Percampuran lelaki dan perempuan, belajar ilmu sejarah yang merendah-rendahkan martabat islam, belajar ilmu sains yang banyak menyimpang dengan apa yang diajar oleh islam, dan disekolah juga jarum suntikan syirik pada ALLAH disuntik perlahan-lahan tanpa sedar pada anak murid sehingga mereka merasakan mereka hebat. Kuasa akan menentukan segala-galanya, menentukan masa depan, persiapan hati tua di dunia, mendidik anak-anak ini agar gila dan cinta pada dunia dari akhirat dan yang jauh lebih parah adalah suntikan jarum MAZMUMAH. Bina Jati Diri, yakin diri, jadi no.1, bangga diri,rendahkan atau kalahkan yang lain, berlumba-lumba dalam bidang dan akhirnya terbentuk sifat sombongan riak,ujub, takbur,iri hati busuk dan macam2 lagi.
     Sederlah!!!! sistam pendidikann kita sekarang telah bnyak diterapkan sistem pendidikkan sejarah : zaman batu, zaman gangsa samua ini mana wujud,mana mungkin Nabi ALLAH, ADAM a.s manusia pertama yang ALLAH ciptakan ke bumi tinggal didalam gua dan mempelajari asal usul manusia dari beruk. Pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah yang telah diterapkan dalam sistem pendidikan yang ada sekarang ini. apa yang dibimbangkan terutamanya keyakinan akan rosak...

No comments:

Post a Comment