Thursday, May 3, 2012

Sambungan Penghidupan Manusia

Firman ALLAH SWT :
"Di jadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan syahwat (perkara yang diingini nafsu), iaitu wanita-wanita, anak pihak dan harta benda yang banyak yang melimpah berupa emas, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup di dunia. (ingatlah) disisi ALLAH ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)".
(Ali Imran : 14)



     Apa dah jadi dengan manusia-manusia botol (bodoh+tolol) ini semua? tidak tahu hala tuju yang sebenar dan tidak tahu tujuan ALLAH men ciptakan kita!!! Habis umur,habis masa, wang ringgit digunakan semata-mata untuk mencari kesenangan dalam sungai sahaja. Sangup berbelanja besar untuk anak-anak dan korbankan usia yang panjang untuk memastikan anak-anak hidup dengan cemerlang dibawa arus sungai ke neraka.
     Kasih sayang apa yang telah kita berikan kepada anak-anak? Renung-renung dan fikir-fikirkanlah!!!! Apa yang mereka perlukan sebenarnya? Pelbagai usaha yang dilakukan hanya untuk memastikan kehidupan sementara dalam sungai berada dalam keadaan selesa tanpa berusaha ke syurga yang kekal abadi.
     Orang-orang ini sama seperti "Malang kelkatu" yang keluar dari lubang gelap terus tidak berfikir panjang mengejar cahaya yang mana akhirnya mereka akan mati disebabkan cahaya yang mereka buru sendiri.
Firman ALLAH SWT :
"Dan apabila dikatakan kepada mereka : 'Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman,; mereka menjawab : 'Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang bodoh?' Ketahuilah! sesungguhnya mereka itulah orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (akan hal itu.)"
(Al-Baqarah : 13)


     Tidak ada jalan mudah untuk kaum lelaki hendak menuju ke syurga. Memerlukan keazaman yang kuat. Gunakan setiap kuasa yang ada, dengan penumpuan yang bersungguh-sungguh serta berusaha tanpa erti penat lelah untuk melawan arus atau nafsu yang mana arusnya mengalir laju menuju ke neraka. Banyak rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi dengan sabar, berbekalkan ilmu serta semangat yang padu, serta tidak pernah kekal erti putus asa baru cita-cita akan tercapai. Firman ALLAH SWT :
" (Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH dengan harta benda dan jiwa darjatnya di sisi ALLAH ( daripada orang yang hanya memberi minum orang yang mengerjakan haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang yang Berjaya." 
(Al-Taubah : 20)


     Mahal sungguh harga dan nilai syurga ALLAH. Kesenangan yang tiada tolak bandingannya yang bersifat kekal abadi.
     Bagi wanita pula, sebenarnya mereka ini disediakan oleh ALLAH, satu laluan khas untuk mereka menuju ke syurga ALLAH. Cuma laluan ini sempit sedikit. Walaupun begitu, arusnya menghala ke syurga ALLAH tetapi disebabkan kebodohan dan sikap irihati serta cemburu dengan orang lelaki, mereka pun mahu bersama-sama seronok hidup didalam sungai besar yang mana arusnya ke neraka.
     Tugasan yang ALLAH amanahkan untuk lelaki habis semua hendak dibuatnya. Kononnya hendak berdiri sama tinggi dan didik sama rendah dengan lelaki dan akhirnya isi neraka hampir penuh dengan golongan wanita botol ini. D beri kerja mudah dan hasilnya lumayan, dia tidak mahu. sebaliknya kerja keras dan hasilnya ke neraka. Itu yang mereka pilih sememangnya mereka ini 8x botol. Firman ALLAH SWT :
"Mereka itulah orang yang telah dipateri oleh ALLAH hati,pendengaran dan penglihatan mereka, dan merekalah orang yang lalai." 
(Al- Nahl : 108)


     Sebenarnya laluan mereka untukke syurga mudah sangat, tanpa bersusah payah hanya duduk diam-diam di dalam paip yang di sediakan dan arus akan menolak mereka ke syurga. Mereka hanya perlu taat kepada ALLAH dan patuh pada perintah suami serta tidak derhaka pada keduanya. Itu sudah cukup untuk mereka ke syurga ALLAH.
     Berbanding dengan orang lelaku yang diberi tanggungjawab yang begitu besar oleh ALLAH. Selaku khalifah di muka bumi ini mereka terpaksa berusaha melawan arus untuk menuju ke syurga, Tanpa usaha atau hanya duduk berdiam diri tidak mungkin mereka akan naik ke atas, arus yang ada, pasti menghanyutkan mereka ke bawah.
     Inilah hakikatnya penghidupan yang mesti ditempuhi, sama ada kita mahu atau tidak. Kita tiada pilihan, ALLAH lahirkan kita didalam sungai ini bukan tujuan untuk bersenang lenang. Sungai ini adalah medan tempur dan sebagai asbab untuk kia memilih bersuka ria di dalam sungai atai hanya mencari jalan hidup selesa dalam sungai, kita pasti akan gagal.
     Kejayaan yang sebenar-benarnya ialah bebas dari azab neraka dan menjadikan kite serta keluarga atau sesiapa kua yang kita sayangi sebagai ahli syurga.  Firman ALLAH SWT :
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu dan saudara- saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (Jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehinggal ALLAH mendatangkan keputusannya (azabnya), kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasiq ( derhaka). " 
(Surah At Tawbah : 24)

No comments:

Post a Comment